Stok ubat dari Pharmaniaga sampai maka tibalah waktunya untuk berhempas-pulas memunggah kotak-kotak ubat. Pada 27hb dan 28hb yang lalu semua kakitangan K1M Pimping kena turun bekerja untuk menyusun stok-stok ubat yang telah sampai. Inilah dia antara wajah-wajah yang tengah penat bertungkus-lumut mengangkut stok ubat. Dalam pada kesibukan yang melanda gurau senda sentiasa menjadi pelepas penat beban kerja bersama, itulah kekuatan pada anggota klinik yang sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan konsep budaya korporat KKM iaitu penyayang, professional, dan kerja berpasukan.