Pengenalan

Klinik 1 Malaysia adalah cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri dan ianya telah diumumkan pada 23 Oktober 2009 lepas semasa Pembentangan Bajet 2010. Konsep Klinik 1 Malaysia ini diadaptasi dari Konsep 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Klinik  1 Malaysia adalah pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dan rawatan ringan kepada masyarakat di kawasan yang tinggi kepadatan penduduknya. Penubuhan Klinik 1 Malaysia ini diharap dapat mengurangkan beban kerja di klinik kesihatan yang sedia ada dalam kawasan operasi dan mengurangkan masa menunggu bagi pesakit.

Klinik 1 Malaysia Pimping mula beroperasi pada tanggal 1 November 2013 dengan dianggotai oleh 5 orang anggota perintis yang terdiri daripada 2 orang Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Jururawat Terlatih (seorang Post-Basic Midwifery) dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Di bawah penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Kanan iaitu En.Rosli Bin Hj.Wasli, K1M Pimping ini merupakan Klinik 1 Malaysia kedua yang beroperasi di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort selepas penubuhan Klinik 1 Malaysia Limbawang, Beaufort pada November 2012 yang lalu.

Masih mempunyai satu kekosongan jawatan yang belum diisi iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan tidak menjadi halangan kepada K1M ini untuk terus beroperasi dengan baik. Di bawah pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan Yang Menguasa (PPP Y/M) Azman Bin Md Japar dan sokongan anggota Mohammad Yusri Bin Nasir (Penolong Pegawai Perubatan U29), Jennifer Albert @ Ahbin (Jururawat Bidan Terlatih U29), Hayatizuzilah Binti Miasin (Jururawat Terlatih U29) dan Montenance Binti Jakaria (Pembantu Perawatan Kesihatan U3) adalah diharapkan agar penubuhan klinik akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat kelak.